parable | cerita ibarat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantasi, digunakan dalam cereka sains atau fantasi yang bersifat satira dan memberikan nilai pengajaran. Cerita ibarat berasal daripada bahasa Yunani parable yang bermaksud �perbandingan dan bidalan�. Lihat juga berbingkai, fantasi, satira. |
fabulation | fabulasi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis. |
suspension of disbelief | penggantungan ketidakpercayaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817). |
pragmatism | pragmatisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat. |