Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
President of International Court of JusticePresiden Mahkamah Keadilan AntarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetua hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau dipilih oleh hakim-hakim mahkamah setiap tiga tahun melalui undian rahsia. Tidak ada syarat kewarganegaraan dalam pemilihan. Presiden mempengerusikan semua mesyuarat mahkamah, mengarahkan kerja dan menyelia pentadbiran mahkamah. Semasa pertimbangan kehakiman, Presiden Mahkamah mempunyai satu undi jika undi-undi terbahagi sama banyak. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikehendaki tinggal di The Hague. Antara Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah Peter Tomka (2012�2015), Hishashi Owada (2009�2012) dan Dame Rosalyn Higgins (2006�2009).
judge coordinatorpenyelaras hakimSukanTiadaHakim yang menyelaraskan skor daripada semua hakim yang terlibat.
runnerspembantu hakimSukanTiadaPegawai yang bertugas mengambil skor daripada hakim dan menghantarkannya kepada penyelaras hakim.
judgehakim;; pengadil (P.JAS)SukanTiada1. Hakim: Pegawai yang bertanggungjawab mengadili pertandingan sukan gimrama dan mempunyai tauliah mengadili pertandingan. Hanya wanita sahaja layak menjadi hakim.
ad hoc judgehakim ad hocUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut.
juryjuriSukanTiada1. Hakim gubahan dan pelaksanaan, penyelaras hakim dan juri superior yang menghakimi pertandingan.
Election JudgeHakim Pilihan RayaUndang-undangTiadaHakim yang membicarakan petisyen pilihan raya.
عدالة الحاكمkeadilan hakimAgama IslamFiqhHakim yang mempunyai syarat-syarat yang adil.
line judgehakim garisanSukanTiada2. Dua orang hakim yang mengawasi garisan di kawasan pertandingan. Mereka ditempatkan di luar dan di penjuru yang bertentangan untuk melihat dan melaporkan pergerakan atlet gimrama, dan alat yang terkeluar daripada garisan yang telah ditentukan.
line judgehakim garisanSukanTiada2. Dua orang hakim yang mengawasi garisan di kawasan pertandingan. Mereka ditempatkan di luar dan di penjuru yang bertentangan untuk melihat dan melaporkan pergerakan atlet gimrama, dan alat yang terkeluar daripada garisan yang telah ditentukan.
12345678910...

Kembali ke atas