Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
route transcriptiontranskripsi halaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSenarai yang dijanakan oleh perisian penjejakan hala seperti tracert yang menunjukkan alamat IP bagi setiap peranti penyambungan yang terlibat dalam penghantaran paket daripada sistem punca ke sistem destinasi.
roadmap of green technologyhala tuju teknologi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam.
four-way crosskacukan empat halaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah kacukan betina kacukan (F1) dikacukkan dengan jantan kacukan yang terhasil daripada kacukan baka ketiga dan keempat. Kacukan empat hala ini akan mengeksploitasi heterosis. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam program pembiakan ayam komersial.
two stage (three way) catalytic converter systemsistem penukar bermangkin dua tahap (tiga hala)Kejuruteraan AutomotifEnjinPenukar pemangkin yang mempunyai dua lapisan yang tersusun secara bersiri yang dipisahkan oleh satu ruang udara. Lapisan di hadapan mengandungi plat-plat yang disaluti pemangkin 3 hala. Manakala lapisan di belakang bertindak sebagai pemangkin 2 hala.
one-way communicationhubungan sehalaSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang bersifat satu hala sahaja. Dalam hubungan ini, pihak yang kuat menguasai pihak yang lemah dengan memberi arahan, memastikan arahannya dipatuhi dan mengenakan hukuman sekiranya wujud keingkaran. Hal ini berbeza dengan hubungan dua hala yang lebih seimbang. Contohnya, hubungan sehala antara raja dengan petani pada zaman feudal. Sinonim komunikasi sehala.
roadmappeta hala tujuPentadbiranTiadaSuatu pelan atau strategi yang ingin dilaksanakan oleh individu, organisasi atau negara bagi mencapai matlamat yang khusus.
two-way roadjalan dua halaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
three-way catalytic converterpenukar bermangkin tiga halaKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida.
teleconferencingtelesidangTeknologi Maklumate-PembelajaranPertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh.
patron-clientpenaung-klienSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan dua hala yang tidak seimbang antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan simbiosis ini sukar dirungkai dalam masyarakat kerana sudah berlangsung lama dan diwarisi secara turun-temurun. Sinonim penaung-dinaung. Lihat juga sistem naungan.
123

Kembali ke atas