Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kamĀ­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
half title pagehalaman judul separa-TiadaHalaman bercetak pertama bagi sesebuah buku yang mengandungi judul utama dan berada pada halaman kanan atau rekto.
flip bookbuku selakPendidikanTiadaBuku yang mengandungi rangkaian ilustrasi dari satu halaman ke satu halaman berikutnya yang dilihat seperti beranimasi apabila diselak secara pantas.
epigraph pagehalaman epigraf-TiadaHalaman yang mengandungi petikan atau perenggan pendek pada permulaan buku atau bab yang menggambarkan tema kandungan buku tersebut.
acknowledgement pagehalaman penghargaan-TiadaHalaman khusus pada bahagian awalan buku yang merakamkan penghargaan daripada pengarang atau penerbit kepada pihak-pihak lain yang memberikan kerjasama dalam proses penerbitan sesebuah buku.
page proofpruf halaman-TiadaHalaman yang telah direka letak berdasarkan spesifikasi penerbitan.
page sizesaiz halaman-TiadaDimensi halaman pada sesuatu bahan terbitan.
cast-offanggaran halaman-TiadaKiraan halaman bercetak berdasarkan saiz buku, jenis dan saiz fon.
impositionimposisi-TiadaProses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul.
first editionedisi pertamaKesusasteraanTiadaKarya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan.
end paperkertas lapik kulit-TiadaKertas berlipat dua yang separuh daripada lipatan kertas tersebut ditampalkan pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang buku kulit keras. Separuh lipatan lagi ditampalkan di sepanjang sisi halaman pertama dan halaman terakhir buku bagi melindungi jilidan buku tersebut.
123456

Kembali ke atas