Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lau] | هالاو

Definisi : ; menghalau 1. melakukan sesuatu yg mengarahkan binatang menuju ke sesuatu tempat, menggiring: ~ lembu masuk kan­dang; 2. = menghalaukan mengenyah­(kan), mengusir: tangannya bergerak-gerak spt orang ~ nyamuk; maka Maharaja Isap dihalaukan oleh Tun Kecil; penghalauan perihal atau perbuatan meng­halau, pengusiran, pengeyahan; penghalau 1. orang yg menghalau; 2. alat utk menghalau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lau] | هالاو

Definisi : ; menghalau 1 mengarahkan binatang spt kerbau, lembu ke sesuatu tempat; menggiring: Ibunya menyuruh dia ~ kambing masuk ke kandang. 2 menyuruh pergi atau keluar dr sesuatu tempat dgn paksa; mengusir: Datuk penghulu telah ~ penghasut itu keluar dr kampungnya. penghalau orang yg menghalau; alat utk menghalau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halau
Kata Terbitan : menghalau, penghalauan, penghalau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kidiukidiuMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon bebas. Kidiu terdiri daripada sekeping kayu berbentuk bujur yang dipasang pada tali dan pemegang. Seorang pemain akan mengayunkan alat tersebut secara pantas untuk menghasilkan pic tertentu. Dua alat muzik ini biasanya dimainkan oleh dua orang secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan pic dan rentak tertentu. Kidiu dimainkan oleh suku kaum Kenyah-Badang di kawasan padi bukit semasa padi dituai untuk menghalau serangga perosak. Alat ini juga dimainkan oleh Orang Ulu di Sarawak.


Kembali ke atas