ginger jar | balang halia | Kesenian | Hiasan Dalaman | Balang bulat daripada seramik China yang digunakan untuk mengawet halia. |
zingiberene | zingiberena | Herba | Tiada | Formula C15H24. Sebatian seskuiterpena monosiklik yang banyak terdapat dalam minyak halia (Zingiber officinale). |
sialagogue | sialagog | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang merangsang pengeluaran air liur. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale), sirih (Piper betle) dan lada hitam (Piper nigrum). |
rhizome | rizom | Herba | Pemiawaian | Batang yang menegak di bawah tanah. Rizom tumbuhan herba seperti halia (Zingiber officinale), lempoyang (Zingziber zerumbet) dan kunyit (Curcuma longa) lazimnya digunakan dalam perubatan. |
emmenagogue | emenagog | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan aliran menstruasi. Contoh herba ini ialah lidah buaya, kunyit, halia, safron, black cohosh dan goldenseal. |
zingerone | zingeron | Herba | Tiada | Formula C11H14O3. Sebatian organik yang menyebabkan rasa pedas dan bau wangi dalam halia. |
antitoxic | antitoksik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang boleh meneutralkan tindak balas toksin dalam tubuh. Contohnya, ekstrak rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antitoksik. |
antiemetic | antiemetik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. Contohnya, ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia), rizom halia (Zingiber officinale) dan buah atau daun limau purut (Citrus hystrix) yang bersifat antiemetik. |
anticatarrhal | antikatar | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau membantu menghilangkan lendir yang berlebihan dalam telinga, hidung atau tekak. Contohnya, ekstrak halia (Zingiber officinale), kunyit (Curcuma longa), dan pudina (Mentha arvensis) yang bersifat antikatar. |
herbal tea | teh herba | Herba | Tiada | Seduhan herba yang dibuat daripada herba selain daun teh (Camellia sinensis). Contohnya, teh herba misai kucing, teh halia dan teh serai. |