Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lo.ba] | هلوبا

Definisi : sentiasa ingin mendapat (memiliki) banyak-banyak, tamak; tamak ~ tersangat tamak; kehalobaan ketamakan: segala penderita­an, ~ dan kecurangan yg saya alami tidak terkikis utk beberapa lama; loba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lo.ba] | هلوبا

Definisi : ingin mendapat sesuatu banyak-banyak; tamak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haloba
Rujuk :tamak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).

Kembali ke atas