Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lu.si.na.si] | هالوسيناسي

Definisi : pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lu.si.na.si] | هالوسيناسي

Definisi : pengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenar­nya tidak wujud, akibat gangguan kesihatan atau fikiran, atau kerana pengambilan dadah: Dadah boleh menyebabkan ~. berhalusinasi mengalami halusinasi: Dia meracau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halusinasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synesthesiasinestesiaPerubatanPsikiatriPersepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan.
hallucinationhalusinasiKejururawatanTiadaPersepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat.
tactile hallucinationhalusinasi taktilPerubatanPsikiatriGangguan persepsi berkaitan dengan deria sentuh atau deria rasa pada permukaan kulit, seperti merasakan sesuatu yang merayap di atas atau di bawah kulit.
pseudohallucinationpseudohalusinasiPerubatanPsikiatriFenomena yang bukan halusinasi sebenar, seperti hipnagogik dan hipnopompik yang boleh berlaku terhadap individu normal.
deliriumdelirium/racauanKejururawatanTiadaGangguan mental dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik.
psychotic symptomsimptom psikotikPerubatanPsikiatriGejala penyakit yang dapat dilihat seperti delusi, halusinasi, tingkah laku yang tidak normal atau percakapan yang tidak menentu.
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
twilight statekeadaan samar-samarPerubatanPsikiatriKeadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi.
positive symptomsimptom positifPerubatanPsikiatriGejala yang biasa dialami oleh pesakit psikosis, seperti halusinasi, delusi dan tingkah laku ganas.
auraauraKejururawatanTiadaAmaran sebelum serangan epilepsi dan migrain. Contoh, aura epilepsi mungkin terdiri daripada halusinasi, olfaktori, penglihatan, auditori atau cita rasa.
12

Kembali ke atas