near rhyme | rima mirip | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan rima yang hampir sama atau hampir serupa terutama dari segi bunyi apabila dideklamasikan sama ada terletak di dalam baris mahupun di hujung baris. Contohnya, dalam pantun berikut: Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. |
approximate solution | penyelesaian hampir(an) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
global sequence alignment | penjajaran jujukan menyeluruh | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah susun atur yang optimum secara menyeluruh ke atas keseluruhan jujukan yang dikaji. Penjajaran jujukan menyeluruh ini sesuai diaplikasikan ke atas dua jujukan yang mempunyai panjang yang hampir sama dan komposisi jujukan yang hampir serupa. |
tanka | tanka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'. |
somnolence | somnolens | Kejururawatan | Tiada | Keadaan seseorang yang khayal dan hampir lena akibat kecederaan otak atau pengambilan ubat tertentu. |
visual distractor | ganggunan visual | Sains Kesihatan | Tiada | Suatu pilihan salah yang kelihatan hampir serupa dengan pilihan yang betul. |
precision | kepresisan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran kebolehulangan suatu hasil. Ia menyatakan berapa hampir satu nilai daripada nila-nilai lain dalam setnya. Ia boleh dinyatakan sebagai sisihan, purata sisihan, sisihan piawai atau julat. |
rhythm | ritma | Kesusasteraan | Tiada | Pola bunyi yang mengandungi rentak berulang dengan kekerapan yang hampir sama. Ritma terdiri daripada empat hingga lima rentak. Sesebuah puisi biasanya dijelmakan melalui pola metrikal, iaitu satu urutan rentak bersukat dan tidak bersukat. Pola ini disusun dalam baris-baris puisi yang mengawal silih tekanan dalam suku kata. |
endangered botanical species | spesies tumbuhan terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian. |