Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Per­golakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,

Puisi
 

Air hangat telaga mendidih,
     Banyak orang hilang keramat;
Hemat-hemat lagu nak boleh,
     Tengok adik jinak sangat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hangat tiada berapi,
     sejuk tiada berair.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hot flushhangat memerahKejururawatanTiadaRasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.
warm marketpasaran hangatEkonomiTiadaRangkaian bakal pelanggan yang pernah dihubungi atau mempunyai perhubungan sebelum ini seperti ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan sebagainya.
calefacientkalefasienHerbaFitoterapiBahan atau ubat penyembuhan yang memberikan kesan hangat atau panas.
acrylic fibergentian akrilikKesenianHiasan DalamanGentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan.
politicizationpempolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjadikan sesuatu isu, keadaan, fenomena atau perkara bersifat politik. Sesuatu perkara itu pada asalnya neutral atau tidak berbau politik tetapi dengan tindakan ini, ia akan menjadi isu panas, diperdebat oleh anggota parlimen, dibawa ke meja perundingan oleh organisasi terlibat, diusul ke parlimen dan persidangan atau menjadi isu hangat dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Pempolitikan sesuatu perkara boleh berlaku apabila ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada isu yang panas ini. Contohnya, pempolitikan isu sekolah wawasan oleh parti pembangkang yang mendakwa langkah ini bertujuan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sinonim mempolitikkan.
octastichastabarisKesusasteraanPuisiSesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat.

Kembali ke atas