Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bridewealthharta hantaranSosiologi KeluargaTiada-
Facebook posthantaran FacebookKomunikasi MassaTiadaMesej yang disiarkan kepada seluruh khalayak pengguna Facebook atau pada halaman profil individu tertentu.
courier serviceperkhidmatan kurierPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan hantaran bungkusan atau barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan cepat.
video annotationanotasi videoTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu metadatum seperti hantaran, penjelasan dan penandaan yang dipasangkan pada video untuk memberikan penerangan teks kepada video.
spear phishingpancing data serampangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
shadowbansekatan senyapTeknologi MaklumatTiadaTindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung.
troll farmkumpulan hasut mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKumpulan orang yang diupah untuk membuat hantaran dalam media sosial yang bersifat provokatif untuk menimbulkan konflik atau memanipulasikan pendapat awam.
emojiemojiKomunikasiTiadaTanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.
instagrammable placetempat suai pamer InstagramTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTempat yang cukup menarik dan sesuai untuk mengambil gambar dan membuat hantaran di media sosial Instagram.
instagrammable hotelhotel suai pamer InstagramTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaHotel yang cukup menarik dan sesuai untuk mengambil gambar dan membuat hantaran di media sosial Instagram.
12

Kembali ke atas