Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
birthday-to-birthday studykajian hari jadi ke hari jadiinsuransTiadaKajian kemortalan yang tempoh pemerhatian adalah daripada hari jadi di satu tahun hingga ke hari jadi yang berikutnya.
gestation periodtempoh kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh perkembangan janin dalam kandungan ibu. Contoh tempoh kebuntingan untuk lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari.
postpartum confinementpenjagaan postpartum/ penjagaan pascabersalinSosiologiTiadaAmalan penjagaan dan rawatan khusus bagi wanita yang melahirkan anak dan biasanya bermula sejurus selepas kelahiran dan berlangsung dalam tempoh yang panjang sama ada selama 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
near rhymerima miripKesusasteraanPuisiPenggunaan rima yang hampir sama atau hampir serupa terutama dari segi bunyi apabila dideklamasikan sama ada terletak di dalam baris mahupun di hujung baris. Contohnya, dalam pantun berikut: Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.
pregnancykebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat haiwan berada dalam suatu tempoh selepas persenyawaan antara sperma dengan ovum sehingga kelahiran. Tempoh kebuntingan berbeza-beza mengikut spesies. Contoh kebuntingan bagi lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari. Sinonim bunting.
power lunchrundingan tengah hariKomunikasiTiadaPerbincangan tentang perniagaan sambil makan tengah hari
outfit of the day (OOTD)peragaan hari iniFesyenTiadaMerujuk pemakaian seseorang pada hari tertentu dan kemudian dirakam dalam bentuk gambar seterusnya dimuatnaik dalam media sosial biasanya dalam konteks blog fesyen.
six day racelumba enam (6) hariSukanLumba BasikalPerlumbaan yang berlangsung enam (6) hari berterusan,dengan sekurang-kurangnya 30 jam masa berlumba, yang melibatkan dua (2) atau tiga (3) pelumba dalam sesuatu pasukan.
demotic stylegaya sehari-hariKesusasteraanPuisiPengucapan atau penyampaian yang digunakan oleh penyair dalam puisi yang dihasilkan bersesuaian dengan penggunaan sehari-hari. Contohnya, puisi dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
growth ratekadar tumbesaranPerikananAkuakulturKadar pertambahan berat badan sesuatu ternakan berbanding dengan tempoh masa ternakan dijalankan. Kaedah pengiraan menggunakan purata berat akhir ternakan ditolak dengan purata berat awal dan dibahagi dengan bilangan hari ternakan (g/hari). (MAKAN, TERNAK)
123456789

Kembali ke atas