صدقة الفطر | zakat fitrah | Agama Islam | Fiqh | Zakat badan yang diwajibkan ke atas setiap individu yang ditunaikan pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang hari raya. |
concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |
polling day | hari mengundi | Undang-undang | Tiada | Tempoh yang bermula pada permulaan hari pemungutan undi dalam sesuatu pilihan raya sepatutunya bermula dan berakhir pada masa pegawai pengurus mengisytiharkan keputusan pilihan raya. |
nomination day | hari penamaan | Undang-undang | Tiada | Hari yang ditetapkan untuk menamakan calon pilihan raya. |
uncontested elections | pilihan raya tidak dipertandingkan | Undang-undang | Tiada | Pengundiaan yang tidak perlu diadakan kerana pada hari penamaan hanya seorang calon sahaja sah dinamakan. |
ontested election | pilihan raya dipertandingkan | Undang-undang | Tiada | Pengundian yang dijalankan apabila terdapat lebih daripada seorang calon yang sah dinamakan pada hari penamaan calon. |
traffic load | beban lalu lintas | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Bilangan kenderaan yang terdapat di atas jalan raya pada sesuatu masa berdasarkan jam atau hari. |
political process | proses politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perjalanan yang dilalui dalam sesuatu siri aktiviti politik dari peringkat permulaan sehingga selesai. Perjalanan ini melibatkan prosedur tertentu, peraturan kerajaan, undang-undang, kelulusan polis dan sebagainya. Proses politik selalunya dikaitkan dengan agensi pemerintah yang berkuasa. Sebagai contoh, perjalanan pilihan raya dari hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan terpaksa melalui satu proses politik yang teratur. |
kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |