tiger economy | ekonomi harimau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih. |
fingered citron | limau kuku harimau | Herba | Fitoterapi | Salah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica) yang juga dikenali sebagai limau jari buddha. Limau kuku harimau berbentuk bujur panjang dan hujungnya menyerupai bentuk jari. Limau ini sering digunakan dalam perubatan tradisional. |
live food | makanan hidup | Perikanan | Akuakultur | Haiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau. |
carricature | karikatur | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menggambarkan perangai, perbuatan, sama ada pertuturan atau mimik. Tujuannya untuk menimbulkan kejenakaan dan ketawa kepada khalayak. Contohnya, Menggegar batang limau, Terikat lembing dekat kendil; Gementar tulang harimau, Melihat kambing menyandang bedil. |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat. |
rug | ambal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hamparan lembut, tebal, yang tidak melekat pada lantai serta tidak menutupi keseluruhan ruang rumah. Hamparan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan hiasannya diperbuat daripada kulit binatang yang diawet. Contohnya ambal beruang, ambal harimau atau ambal kambing biri- biri. Lazimnya, ambal dianggap lebih bernilai berbanding permaidani. |
hybrid | hibrid | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang terhasil daripada pembiakan kacukan antara dua spesies yang berbeza. Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan kadar tumbesaran yang cepat. Contohnya ikan kerapu hibrid yang terhasil daripada kacukan antara ikan kerapu kertang dengan ikan kerapu harimau. |
domestication | domestikasi | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam. |
broken rhyme | rima putus | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |