Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
harmonyharmoniKesusasteraanPuisiGaya dan teknik pengucapan yang seimbang, sepadan, sesuai antara sesuatu isu yang menjadi pemikiran penyair.
harmonyharmoniKesenianTiadaGabungan beberapa suara yang dibunyikan serentak.
harmonious abnormal retinal correspondencekesepadanan retina tak normal harmoniSains KesihatanTiadaKesepadanan retina tidak normal yang dicirikan dengan sudut anomali sama dengan sudut sisihan objektif.
rotational chair sinusoidal harmonic accelaration (SHA) testujian pecutan harmoni sinusoid kerusi berputarSains KesihatanTiadaUjian yang dilakukan untuk menilai fungsi sistem vestibulo-okular dengan menggunakan kerusi berputar bagi merangsang kanal semi bulat mendatar.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaKata-kata dalam karya yang mengandungi ciri-ciri yang indah, elok, harmoni dan sedap didengar.
absurdismabsurdismeKesusasteraanTiadaFahaman tentang falsafah pemikiran yang percaya bahawa kewujudan manusia adalah tanpa makna, tidak harmoni dan kehidupan sentiasa berada dalam alam kekeliruan.
sestetsadlarikKesusasteraanPuisiNama bentuk puisi, iaitu bait atau rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi "Harmoni di Matamu" dalam kumpulan Era karya Kemala. Sinonim sestet.
urban designreka bentuk bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu disiplin yang menumpukan perhatian kepada pengaturan dan penyusunan ruang di bandar dan fungsi bandar untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan menarik.
style galantstyle galantMuzikTiadaGaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775).
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
12

Kembali ke atas