Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ru] | هارو

Definisi : kacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya; mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2. mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen; bahawasanya syaitan­lah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu oleh perasaan malu; mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan se­mula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komu­nis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merun­singkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilu­kan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu; terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; keterharuan keadaan terharu, kepiluan, ke­se­dihan, dll; keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisan­nya itu menggambarkan segala ~ dan kegeli­sahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati; pengharuan perihal mengharukan; pengharu pengacau, pengganggu, perusuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ru] | هارو

Definisi : ; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haru
Kata Terbitan : mengharu, mengharukan, terharu, keharuan,

Peribahasa

Kalau tak pandai menggelamai,
     bercirit kambinglah kelak,
dikunyah patah gigi,
     ditelan sembelit.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaKemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca.

Kembali ke atas