Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ruan] | هروان

Definisi : sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan, Rachycentron canadus; ~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesu­sahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ruan] | هروان

Definisi : nama sj ikan darat, Ophicephalus striatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruan

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti bujuk lepas dari bubu.

Bermaksud :

Menghilang dengan cepat. bujuk = ikan haruan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marine fishikan air lautPerikananAkuakulturIkan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK)
animal extractekstrak haiwanHerbaPeraturan dan PemasaranPati yang terhasil melalui pengekstrakan haiwan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak haiwan yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek haiwan seperti ekstrak gamat dan ekstrak haruan.

Kembali ke atas