taboi | taboi | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam. |
political asylum | suaka politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang lari dari negara asal dan meminta perlindungan negara lain kerana tekanan atau hukuman politik. Individu ini lazimnya memperjuangkan sesuatu idea yang berbeza dengan aliran perdana atau memperjuangkan hak sesuatu golongan yang tidak diterima oleh pemerintah negara tersebut. Ia dianggap telah melakukan kesalahan dalam negara itu dan menghadapi sesuatu tuduhan atau hukuman. Dengan itu, ia bertindak segera keluar dari negara asalnya dan memohon negara lain menerimanya. Perlindungan politik yang diberikan kepada individu atau kelompok ini sah di sisi undang-undang antarabangsa. Individu atau kelompok yang memohon status pelarian digelar sebagai pencari pelindung, sementara negara yang menerima pelarian ini disebut sebagai pemberi suaka atau suaka politik. Kelompok ini berbeza dengan kelompok migrasi ekonomi yang meninggalkan negara asal atas sebab atau faktor ekonomi. Contohnya, Teuku Hasan Ditiro, pemimpin Gerakan Acheh Merdeka mendapat status suaka politik dari negara Sweden. |
bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara. |
zajal | zajal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lisan tradisional yang disampaikan dalam dialek tempatan. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol). Sebahagian puisi z?j?l dicipta secara improvisasi dan sebahagiannya dipersembahkan dalam bentuk perbahasan. Biasanya, persembahan dilakukan oleh sekumpulan penyanyi lelaki yang mendendangkan sebahagian daripada puisi tersebut, diiringi alat muzik seperti gendang dan serunai. Kemunculan puisi ini berpunca daripada perkembangan puisi muwashshahah di Andalaus. Puisi z?j?l dan muwashshahah mempunyai ciri persamaan yang ketara terutamanya dari segi penggunaan dialek tempatan dan strukturnya. Seterusnya, muncul pada z?j?l yang menggunakan bahasa Arab standard hasil penglibatan penyair Arab jati yang mendiami Andalus. Kemunculan z?j?l bukan sahaja memperkaya perbendaharaan seni sastera Arab, tetapi juga menonjolkan seni berasaskan dominsi etnik Barbar. Pelopor puisi ini ialah Abu Bakr Ibn Quzman yang berketurunan Barbar. Selain Ibn Quzman, terdapat beberapa orang penyair yang terlibat secara langsung dalam penciptaan puisi z?j?l, contohnya Isa al-Baladi, Abu Umar bin al-Zahir al-Ishbili, dan Abu Hasan al-Maqqari al-Dani. Zajal dalam bahasa arab bermaksud �dengungan jin pada waktu malam�. Lihat juga al-muwashshahah. |