Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasilnya

Peribahasa

Asal ditugal,
     adalah benih.

Bermaksud :

Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
renewal planting/replantingpenanaman semulaPertanianAgronomi

 Penanaman baru yang dilakukan setelah tanaman saka seperti getah dan kelapa sawit mencapai umur yang hasilnya tidak begitu ekonomik untuk dituai. Pokok di kawasan tersebut akan ditebang dan diganti dengan tanaman baru. Bagi tanaman semusim seperti padi dan jagung, penanaman semula dilakukan setiap kali hasilnya telah dituai. 

silent allelealel senyapBiologiGenetikAlel yang hasilnya tidak dapat dikesan.
true stitchjahit luar dalamKesenianTiadaJahit sulam yang hasilnya sama di sebelah luar dan dalam fabrik.
annual croptanaman semusimVeterinarTiadaTanaman yang ditanam dan hasilnya diperoleh dalam musim yang sama. Jenis tanaman seperti ini perlu ditanam semula untuk mendapatkan hasil yang seterusnya. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya, padi dan gandum.
balanced budgetbelanjawan terimbangEkonomiTiadaBelanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya sama dengan jumlah perbelanjaannya bagi sesuatu jangka masa biasanya bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini merupakan suatu yang unggul dan menjadi asas kepada dasar fiskal yang teguh serta dapat mengekalkan kepercayaan perniagaan.
surplus budgetbelanjawan lebihanEkonomiTiadaDasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali.
biologicalsbahan biologiPerubatanTiadaSediaan ubat daripada organisma hidup dan hasil-hasilnya, seperti serum, vaksin, antigen, dan antitoksin.
scalar multiplicationpendaraban skalarMatematikTiadaProses mendarab sesuatu vektor dengan skalar, hasilnya satu vektor juga. Misalnya, diberi vektor baris v = (1, -2, 3), hasil mendarab vektor v dengan skalar 4 ialah 4v = 4(1, -2, 3) = (4, -8, 12).
black heartteras hitamBiologiPatologiRancu pada bermacam-macam jenis tanaman atau hasilnya. Sebagai contoh, teras hitam pada buah nanas akibat disimpan di dalam suhu yang rendah. Apabila dibelah, bahagian tengah buah nanas tersebut kelihatan gelap.
chain reactiontindak balas berantaiPerubatanTiadaUrutan tindak balas nukleus yang salah satu hasilnya boleh menyebabkan tindak balas yang sama berlaku ke atas nukleus lain.
123456789

Kembali ke atas