potassium chlorate poisoning | keracunan kalium klorat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kalium klorat (formula kimia, KCIO3) iaitu bahan dalam cecair kumur, mancis dan racun rumpai. Ion klorat (CIO3-) ialah perengsa terhadap membran mukus dalam larutan pekat. Selepas penyerapan ia menyebabkan methemoglobinemiaekoran ekoran sifat pengoksidaannya. Tanda utama keracunan ialah muntah dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, hemolisis, sianosis, anuria, kekeliruan, dan konvulsi. Keracunan kJ�onik menyebabkan hilang selera makan dan hilang berat badan. Dos parah adalah lebih kurang 15 g untuk orang dewasa dan 2 g untuk kanak-kanak. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kesesakan dan kakisan gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hati, serta darah berwarna coklat. |