Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hati-hati

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idiomidiomKesusasteraanPuisiUngkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa.
glycogenglikogenFizikNanoteknologiMolekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
benevolent leaderpemimpin murah hatiPentadbiranTiadaGaya kepimpinan seseorang yang bersifat diplomsasi dalam tindak-takduknya terhadap orang yang dipimpinnya.
tonenadaKesusasteraanPuisiTinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata.
romanticromantikKesusasteraanPuisiPerihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang.
hepatalgiahepatalgiaHerbaFitoterapiSakit pada organ hati.
hepatosishepatosisHerbaFitoterapiSebarang gangguan pada fungsi hati yang bukan disebabkan oleh keradangan.
pet peevekejengkelanUmumTiadaPerasaan seseorang yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu yang remeh tetapi menjadi perkara yang besar dan menjengkelkan bagi dirinya.
12345678

Kembali ke atas