crater | kawah | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lekukan pada muka mata pemotongan yang haus disebabkan sentuhan dengan serpihan.,2. Lekukan di hujung kepala kimpal atau di bawah elektrod semasa pengimpalan. |
lubricate | melincir | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mengenakan pelincir supaya permukaan yang bersentuhan dan mengalami gerakan relatif, menjadi licin dan kurang haus.,2. Bertindak sebagai pelincir. |
air resistance | rintangan udara/tahanan udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Fenomena seretan angin yang menghasilkan daya hakis dan kesan haus pada bangunan atau struktur lain disebabkan aliran laluan angin pada bangunan tersebut. Bangunan berupa kotak mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding bangunan berbentuk silinder. Ujian seretan angin pada bangunan boleh dilakukan dengan menggunakan model berskala dalam terowong angin. Fenomena ini berguna untuk jurutera awam mereka bentuk bangunan yang boleh menyaingi rintangan angin. 2. Seretan angin yang merintang dan mengurangkan kelajuan pergerakan objek. Objek berbentuk kiub mempunyai seretan angin yang tinggi berbanding dengan objek berbentuk aerofoil. Ujian seretan boleh dilakukan kepada model berskala dalam terowong angin. Pemahaman seretan angin boleh membantu jurutera mekanikal mereka bentuk kenderaan dan kapal terbang yang efisien. |
ageing | penuaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Perubahan ciri beberapa jenis logam pada suhu ambien atau suhu lebih tinggi akibat rawatan haba, kerja panas dan kerja sejuk. 2. Proses perubahan ciri alat akibat kerap digunakan. Contohnya, haus. |
bed of a river | dasar sungai | Undang-undang | Tiada | 1. Bahagian tanah di sebelah bawah dalam sungai.,2. Bahagian sungai di antara dua tebing.,3. Lekuk atau alur laluan sungai.,4. Lekuk di antara dua tebing yang haus kerana aliran sungai. |