Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.gé.mo.ni] | هيݢيموني

Definisi : (hégémoni) pengaruh atau domi­nasi sesebuah negara atas negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal utk me­lengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat peribumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hegemoni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HegemonyhegemoniSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
hegemonyhegemoniKesusasteraanTiadaPembentukan watak, pengembangan nilai estetik atau aliran pemikiran yang dipengaruhi oleh proses kuasa sosiopolitik dalam karya.
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme.

Kembali ke atas