Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hek.sa.na] | هکسان

Definisi : (Kim) sj sebatian yg digunakan sbg pelarut dan pencair cat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hek.sa.na] | هکسان

Definisi : /héksana/ ist sj sebatian yg digunakan sbg pelarut, pencair cat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heksana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal extract fractionfraksi ekstrak herbaHerbaPemiawaianCampuran komponen yang dipisahkan daripada ekstrak herba melalui proses pemfraksian. Contohnya, fraksi heksana, kloroform, etil asetat, etanol dan air daripada ekstrak mentah akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
bioactive fractionfraksi bioaktifHerbaPemiawaianPecahan ekstrak herba yang memberikan kesan biologi terhadap tisu atau organisma hidup. Contohnya, fraksi bioaktif heksana daripada ekstrak metanol lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antiradang.
macerationperendamanHerbaPemiawaianProses menenggelamkan sampel herba yang telah dikisar atau dikecilkan saiznya dalam air atau pelarut tertentu seperti metanol, etanol dan heksana di dalam bekas tertutup dalam jangka masa tertentu pada suhu bilik. Proses ini dilakukan untuk mengekstrak sebatian metabolit bagi proses pemiawaian. Contohnya, proses merendam hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk menghasilkan ekstrak mentah.
fractionationpemfraksianHerbaPemiawaianPemisahan sesuatu bahan kepada komponen tertentu melalui proses pengekstrakan, kromatografi dan penyulingan. Contohnya, ekstrak metanol lempoyang (Zingiber zerumbet) difraksikan dengan menggunakan larutan heksana bagi mendapatkan sebatian zerumbon.
lipidlipidHerbaPemiawaianSebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale).
extractionpengekstrakanHerbaPemiawaianProses pengeluaran sesuatu sebatian daripada larutan atau jerapan menggunakan pelarut yang tidak larut campur dengan pelarut atau jisim penjerap asal. Contohnya, pengekstrakan sebatian zerumbon daripada ekstrak heksana rizom lempoyang (Zingiber zerumbet).
extractive valuenilai ekstraktifHerbaTiadaPeratus kandungan bahan yang boleh diekstrakkan ke dalam air atau pelarut organik. Nilai ekstraktif merupakan penentuan status kualiti bahan mentah herba. Sejumlah berat bahan serbuk herba diekstrak dengan pelarut tertentu pada suhu dan tempoh yang ditetapkan. Filtratnya dikeringkan sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan ekstrak ditentukan daripada ungkapan 100a/b, iaitu a ialah berat ekstrak dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini bergantung pada jenis pelarut yang digunakan seperti nilai ekstraktif larut-air, larut-etanol dan larut-heksana. Contohnya, Monograf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai piawai ekstraktif larut-air bagi pegaga tidak kurang daripada 6.0% dan ekstraktif larut-etanolnya tidak kurang daripada 9.5%.

Kembali ke atas