Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.liks] | هيليک‌‌س

Definisi : (héliks) bentuk berpilin, spt skru pen­cungkil gabus: sesetengah molekul biologi mempunyai bentuk spt ~; gear ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heliks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
helical geargear heliksKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGear yang mempunyai gigi yang condong daripada garis tengah gear.
heteroduplexheterodupleksBiologiTiadaDNA heliks ganda dua yang terbentuk melalui pengabungan bebenang DNA daripada sumber yang berlainan.
nanostrandnanolembarFizikNanoteknologiBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
secondary structurestruktur sekunderFizikNanoteknologiKeadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen.
complementary strandbebenang pelengkapFizikNanoteknologiSalah satu daripada dua bebenang tunggal DNA yang jujukan nukleotidanya tergabung sebagai pasangan membentuk heliks berganda DNA. Lihat juga asid deoksiribonukleik (DNA).
deoxyribonucleic acid (DNA)asid deoksiribonukleik (DNA)FizikNanoteknologiPolimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik.

Kembali ke atas