Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.lium] | هيليوم

Definisi : (hélium) (Kim) gas lengai yg sangat ringan, tidak mudah terbakar, tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan utk mengisi belon dan kapal udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.lium] | هيليوم

Definisi : /hélium/ gas lengai yg ringan dan tidak berbau atau tidak berwarna (digunakan dlm belon dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
helium ion microscopy (HIM)mikroskopi ion helium (HIM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah pengimejan yang menggunakan pancaran ion helium untuk menghasilkan elektron sekunder.
lambda transitionperalihan lambdaFizikNanoteknologiKeadaan peralihan fasa orde kedua dalam bahan. Contohnya, peralihan fasa cecair helium pertama ke cecair helium kedua yang dapat dicerap melalui perubahan tak selanjar muatan haba. Peralihan ini berlaku pada suhu 2.2K (takat lambda).
rare-gas nanoclusternanogugusan gas nadirFizikNanoteknologiKelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron.
gas chromatography (GC)kromatografi gas (GC)HerbaPemiawaianKromatografi yang menggunakan gas sebagai fasa gerak seperti hidrogen, helium dan nitrogen. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Sampel minyak pati herba disuntik pada turus kapilari dan komponen kimia dalam minyak pati dapat dikenal pasti dengan menggunakan alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron atau pengionan foto. Sebagai contoh, kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti komponen minyak pati meruap dan separa meruap bagi serai wangi (Cymbopogon nardus).
carrier gasgas pembawaKimiaKimia AnalisisGas yang berfungsi sebagai fasa gerak dalam teknik kromatografi gas. Contohnya helium, argon, dan nitrogen.
high temperature gas reactor (HTGR)reaktor gas suhu tinggiSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear yang menggunakan gas helium sebagai bahan penyejuk dan grafit sebagai bahan penyederhana neutron. HTGR beroperasi dengan suhu bahan penyejuk (700�C - 1000�C) yang jauh lebih tinggi daripada suhu bahan penyejuk reaktor air ringan (280�C - 320�C).
gas chromatographykromatografi gasHerbaTiadaKaedah pemisahan dan pengukuran kuantitatif bahan kimia meruap dan separa meruap yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada bahan pepejal yang dipadatkan dalam turus atau kapilari. Fasa geraknya terdiri daripada bahan gas seperti helium, nitrogen atau hidrogen. Kromatografi gas digunakan dalam analisis kawalan kualiti sebahagian bahan herba, terutamanya yang mengandungi minyak pati dan minyak meruap. Lazimnya dalam analisis ini, larutan sampel herba disuntik ke dalam turus atau kapilari. Bahan kimia dalam ekstrak yang terpisah akan dikesan oleh alat pengesan seperti pengesan pengionan nyala (FID) dan menghasilkan profil kromatogram dalam bentuk puncak. Nilai masa penahanan (Rt) dan luas di bawah lengkung bagi setiap puncak yang terpisah ditentukan.

Kembali ke atas