Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.bus] | همبوس

Definisi : bp hambus, nyah, pergi: ~ dr rumahku; berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.bus] | همبوس

Definisi : ; berhembus bergerak dgn cepat (bkn angin, udara dr mulut dll); bertiup: Angin laut ~ dgn kencangnya. menghembus mengeluarkan nafas dr mulut pd sesuatu; meniup: Dia ~ api lilin itu. menghembuskan mengeluarkan sesuatu (nafas, udara dsb dr mulut): Dia ~ asap rokok ke muka kawannya. hembus­an angin atau udara yg dihembuskan; tiupan (angin). penghembus 1 orang yg menghembus. 2 alat utk menghembus api dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hembus
Kata Terbitan : berhembus, menghembus, menghembuskan, hembusan, penghembus,

Peribahasa

Pelabur habis,
     Palembang tak alah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blowbyhembus pintasKejuruteraan AutomotifEnjinHasil sampingan pembakaran, kebanyakannya mengandungi hidrokarbon yang bocor dari kebuk pembakaran melalui gelang omboh ke dalam kotak engkol ketika lejang mampatan dan lejang kuasa. Wap hembusan ini disedut ke dalam lejang pengambilan melalui sistem pengalihudaraan kotak engkol positif. Seterusnya, wap hembusan ini dibakar di dalam enjin. Lihat juga pencairan dalam kotak engkol.
crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPeredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan.
crankcase dilutionpencairan dalam kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan.

Kembali ke atas