Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا

Definisi : (hémisféra) (Geog) sebelah bahagi­an bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian); ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa; ~ utara separuh bahagian bumi yg terletak di sebelah utara khatulistiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mis.fé.ra] | هيميسفيرا

Definisi : /hémisféra/ belahan bumi di sebelah utara atau selatan garis khatulistiwa. ~ selatan separuh bahagian bumi yg terletak di selatan khatulistiwa. ~ utara separuh bahagian bumi yg ter­letak di utara khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemisfera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ekman transportangkutan EkmanSains MarinTiadaPergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan.
hemispherical combustion chamberkebuk pembakaran hemisferaKejuruteraan AutomotifEnjinRuang pembakaran berbentuk hemisfera atau separuh sfera di bahagian atasnya. Bentuk ini menyediakan ruang yang mencukupi untuk penggunaan injap bersaiz besar atau untuk konfigurasi banyak injap. Konfigurasi ini menghasilkan proses pembakaran yang lebih baik dan sempurna.
hemispherical combustion chamberkebuk pembakaran hemisferaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian atas kebuk pembakaran berbentuk hemisfera dan terletak di dalam kepala silinder.
elmelmKesenianHiasan DalamanPokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir.
geostrophic flowaliran geostrofSains MarinTiadaPergerakan arus lautan yang daya kecerunan tekanannya diseimbangkan oleh daya Coriolis (daya yang menyebabkan berlakunya pemesongan aliran udara yang terhasil daripada kesan putaran bumi). Pergerakan arah aliran ini selari dengan isobar dengan tekanan yang tinggi di sebelah kanan aliran hemisfera utara dan tekanan yang tinggi di hemisfera selatan. Contohnya, arus Kuroshio.

Kembali ke atas