haemoglobin | hemoglobin | Kejururawatan | Tiada | Bahan yang terdiri daripada pigmen hem dan protein globin yang terdapat dalam sel darah merah. Paras lingkungan normal hemoglobin bagi orang dewasa biasanya mengandungi 12 hingga 18 g/dl. |
Bohr effect | kesan Bohr | Sains Forensik | Tiada | Kesan pH terhadap afiniti hemoglobin ke atas oksigen. Apabila kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat, pH darah akan menurun dan seterusnya melemahkan afiniti hemoglobin terhadap oksigen dan memudahkan oksigen untuk dilepaskan kepada tisu. Dalam kes keracunan karbon monoksida, pembekalan oksigen ke tisu terganggu kerana molekul karbon monoksida mengikat dengan kuat pada tapak pengikatan oksigen ini. |
arterial oxygen content (CaO₂) | kandungan oksigen arteri (CaO₂) | Perubatan | Tiada | Kandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin. |
haemoglobin | hemoglobin | Fizik | Nanoteknologi | Molekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan. |
oxyhaemoglobin | oksihemoglobin | Kejururawatan | Tiada | Gabungan hemoglobin dengan oksigen dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu. |
anemia | anaemia | Farmasi | Tiada | Penyakit kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. |
anemia | anaemia | Kimia | Tiada | Penyakit kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. |
anemia | anaemia | Perubatan | Tiada | Penyakit kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. |
anemia | anaemia | Sosiologi | Tiada | Penyakit kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. |
carboxyhaemoglobin | karboksihemoglobin | Biologi | Tiada | Sebatian karbon monoksida dan hemoglobin yang terbentuk di dalam darah apabila berlaku keracunan karbon monoksida. |