Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakit­kan hati dsb): perempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat di­ceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : cecair bersifat alkali yg berwarna kuning kehijau-hijauan atau kuning kecoklat-coklatan dan pahit rasanya yg dirembes oleh hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu

Puisi
 

Sayang sirih dari seberang,
     Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
     Bagai hempedu lekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calculuskalkulusKejururawatanTiadaBatu karang yang mungkin terbentuk di pundi hempedu, duktus hempedu, ginjal, ureter atau pundi kencing. Jika di trek biliari ia dikenali sebagai kalkulus hempedu dan di ginjal sebagai kalkulus renal.
biliarybiliariKejururawatanTiadaKeadaan yang berkaitan dengan duktus hempedu atau hempedu.
cholelithiasiskolelitiasisKejururawatanTiadaKehadiran kalkulus di sistem biliari yang terdiri daripada pundi hempedu, duktus hempedu dan duktus sistik.
cholaemiakolemiaKejururawatanTiadaKehadiran hempedu atau pigmen hempedu dalam darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan jaundis.
cholangitiskolangitisKejururawatanTiadaInflamasi pada duktus hempedu, biasanya disebabkan oleh sekatan pengaliran hempedu. Rawatan awal ialah pemberian antibiotik untuk merawat infeksi dan diikuti dengan pembedahan untuk melegakan sekatan pengaliran hempedu.
biliary colickolik biliariKejururawatanTiadaSakit yang teruk, bermula pada abdomen atas di bahagian tengah atau kanan dan kesakitan itu merujuk kepada belakang dan bahu kanan disertai dengan muntah dan peluh. Kesakitan ini berlaku akibat penyekatan pundi hempedu atau duktus hempedu, biasanya oleh kalkulus hempedu.
cholagoguekolagogHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hempedu bagi membantu proses penghadaman dan bertindak sebagai laksatif ringan. Contohnya, hempedu bumi, senamaki, lidah buaya dan keladi hutan.
bitterpahitHerbaPemiawaianRasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata).
biliousbiliusHerbaFitoterapi1. Sebarang gangguan yang berkaitan dengan pengeluaran atau rembesan hempedu yang berlebihan. 2. Sakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hati yang mengakibatkan sembelit, sakit kepala, hilang selera makan dan muntah hempedu. 3. Sinonim kolemesis.
cholecystitiskolesistitisKejururawatanTiadaInflamasi pada pundi hempedu yang dicirikan oleh demam dan kesakitan pada hipokondrik kanan abdomen.
1234

Kembali ke atas