stamping | penghentakan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemotongan dan pembentukan kepingan logam secara hentakan. |
meniscus | meniskus | Sains Sukan | Biomekanik | Ligamen antara lutut yang berbentuk seperti bulan. Ligamen ini berfungsi sebagai penyerap hentakan semasa pergerakan. |
bubble wrap | pembungkus gelembung/pembalut gelembung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya. |
abrasion resistant material | bahan tahan lelas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan tahan lasak seperti getah, logam, seramik atau kayu yang mampu menahan geseran dan kakisan akibat hentakan atau penggunaan yang berterusan. Contohnya, logam atau getah di dinding koridor hospital untuk mengelakkan kerosakan akibat geseran troli. |
short bone | tulang pendek | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur tulang yang berbentuk seperti kiub dan terdapat di bahagian pergelangan tangan dan kaki. Tulang ini tidak mempunyai rongga sumsum tetapi bahagian dalamnya terdiri daripada bahan berspan. Tulang pendek berfungsi dalam pelbagai pergerakan dan penyerapan hentakan kaki. |