Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.pa.tik] | هيڤاتيک

Definisi : (hépatik) berkaitan dgn hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hepatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hepatichepatik (PEM.MAN, UBAT, ZOO)SosiologiTiadaTiada
hepatichepatik (PEM.MAN, UBAT, ZOO)PerubatanTiadaTiada
hepatichepatikHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk menguatkan, meningkatkan dan menggalakkan pengaliran hempedu bagi mengekalkan fungsi hati pada paras normal. Contoh herba ini ialah buah zaitun dan dukung anak.
hepatic suctduktus hepatikPerubatanTiadaTiada
middle hepatic veinvena hepatik tengahPerubatanTiadaTiada
common hepatic ductduktus hepatik sesamaPerubatanTiadaTiada
hepatocholangiostomyhepatokolangiostomiPerubatanTiadaPembedahan untuk membina saliran pada duktus hepatik.
cystic arteryarteri sistaPerubatanTiadaArteri dari cabang kanan arteri hepatik ke permukaan pundi hempedu.
choledochohepatostomykoledokohepatostomiPerubatanTiadaPembentukan hubungan di antara duktus hempedu sepunya dengan duktus hepatik secara pembedahan.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan garam kromium (keadaan pengoksidaan +II dan +III) ialah 0.5 mg/m3 . Kebanyakan sebatian terlarut dan tak terlarut (keadaan pengoksidaan + VI), termasuk asid kromik, kromat, dikromat, zink kromat, plumbum(II) kromat dan bijih kromit, mempunyai had pendedahan 0.05 mg/m3. Had pendedahan kepada tert-butil kromat ialah 0.1 mg/m3, dan kromil klorida ialah 0.025 ppm atau 0.15 mg/m3. Penemuan makmal ialah kehadiran proteinuria dan hematuria, dan kerosakan fungsi sel hepatik.

Kembali ke atas