Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba] | هربا

Definisi : sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[her.ba] | هربا

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herba
Rujuk :tumbuh, tumbuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal medicinesubat-ubatan herbaHerbaTiadaBahan ubatan yang mencakupi herba, bahan mentah herba, sediaan herba dan produk akhir herba dalam bentuk serbuk atau ekstrak yang diformulasikan sebagai kapsul, pil, tablet, pes, krim, salap dan lain-lain.
herbal starting materialbahan mula herbaHerbaTiadaSebarang bahan mentah ramuan herba yang digunakan sebagai asas dalam pengilangan suatu produk herba. Bahan mula herba boleh terdiri daripada sediaan herba. Lihat juga sediaan herba.
finished herbal productsproduk akhir herbaHerbaTiadaProduk mengandungi sediaan herba yang dibuat daripada satu atau lebih herba. Produk yang mengandungi lebih daripada satu herba dikenali sebagai produk herba campuran. Produk ini boleh mengandungi eksipien sebagai bahan tambahan kepada bahan aktif. Di negara tertentu ubatan herba secara tradisinya boleh mengandungi bahan aktif organik atau tak organik semula jadi yang bukan berasal daripada tumbuhan, contohnya bahan haiwan dan mineral. Namun, umumnya produk yang mengandungi bahan aktif kimia terciri termasuk sebatian sintetik dan/atau sebatian yang terpencil daripada bahan herba tidak dianggap sebagai produk akhir herba.
ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine)nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulenHerbaTiadaNisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1.
herbal preparationsediaan herbaHerbaTiadaSediaan bahan yang diperoleh melalui pengekstrakan, penyulingan, pemerahan, pemfraksian, penulenan, pemekatan atau penapaian bahan herba. Bahan ini merangkumi herba yang dikisar atau diserbukkan, tinktur, ekstrak, minyak pati, jus perahan dan eksudat yang telah diproses. Contohnya, teh herba, arak herba dan kemenyan.
herbal mixturecampuran herbaHerbaPemiawaianBahan yang mengandungi dua jenis herba atau lebih. Campuran herba biasanya berbentuk serbuk atau potongan kecil daun, batang atau akar herba yang kering seperti campuran kacip fatimah (Marantodes pumilum) dengan manjakani (Quercus infectoria) untuk rawatan selepas bersalin. Campuran herba ini direbus atau diekstrak dengan air untuk dijadikan tonik.
herbal teateh herbaHerbaTiadaSeduhan herba yang dibuat daripada herba selain daun teh (Camellia sinensis). Contohnya, teh herba misai kucing, teh halia dan teh serai.
quantified herbal substancebahan herba terkuantitiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin.
quantified herbal preparationsediaan herba terkuantitiHerbaTiadaSediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin.
herbal bathmandi herbaHerbaFitoterapiKaedah mandian yang menggunakan air campuran herba. Mandi herba bertujuan untuk merangsang peredaran darah, mendapatkan kulit yang cantik dan melegakan tekanan serta otot-otot yang sakit.
12345678910...

Kembali ke atas