Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba.rium] | هرباريوم

Definisi : 1. koleksi spesimen tumbuh-tum­buhan yg dikeringkan yg disimpan dan diklasi­fi­kasikan secara sistematik; 2. tempat meng­awet dan menyimpan spesimen tumbuh-tum­buhan tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata herbarium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbariumherbariumHerbaTiadaTempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
voucher specimenspesimen baucarHerbaTiadaPemaparan spesimen bahagian herba terawet yang disediakan menurut kaedah tertentu. Spesimen baucar ini disimpan dalam herbarium bagi tujuan rujukan dan pengenalpastian herba berdasarkan ciri morfologi.
herbal reference standardherba rujukan piawaiHerbaTiadaSampel bahan herba dalam bentuk asal dan terproses yang mengandungi bahan kimia khusus, bahan penanda atau bahan pencemar yang diketahui. Herba rujukan piawai ini harus mempunyai kualiti yang bersesuaian dengan kegunaannya. Bagi herba yang tidak terdapat dalam farmakopeia, sampel herbarium bahan tersebut harus disediakan. Herba rujukan piawai ini disimpan dalam keadaan yang baik untuk mengekalkan kualitinya. Tarikh luput dan/atau validasi semula harus ditentukan dan dinyatakan. Sinonim herba rujukan standard.

Kembali ke atas