Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.rét] | هيريت

Definisi : (hérét); mengheret 1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat), menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~ basikalnya; 2. membawa seseorang ke sesuatu tempat: dia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; 3. memikat hati orang (utk mendapatkan harta bendanya dll), memperdaya, menipu; terheret terlibat bersama: perang yg menye­bab­kan negara kuasa besar ~ ke dalamnya; heretan 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang; pengheretan 1. perbuatan mengheret, pe­nye­retan; 2. sj kenderaan (utk membawa barang) yg ditarik; 3. Jk penipu, pendusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.rét] | هيريت

Definisi : /hérét/; mengheret menarik (sesuatu) di atas tanah dll; menghela; menyeret: Dia ~ kerusinya sampai ke muka pintu. heretan 1 sesuatu yg diheret. 2 hasil mengheret; helaan. pengheretan 1 perbuatan atau hal mengheret. 2 sj kenderaan (utk membawa barang-barang) yg ditarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
heret
Kata Terbitan : mengheret, heretan, pengheretan, pengheret,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dragheretPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses menarik kayu balak secara mengheret yang ditarik menggunakan kabel yang ditarik oleh gajah atau jentera. Biasanya hujung hadapan balak terangkat dan hujung belakangnya masih bersentuhan dengan tanah.
fermata (It)heretKesenianTiadaTiada
ground skidheretPerhutananTiadaTiada
dragpenyagat; seret; heret; ganjakFizikTiadaTiada
dragpenyagat; seret; heret; ganjakGeografiTiadaTiada
dragpenyagat; seret; heret; ganjakKomunikasiTiadaTiada
trailer ploughbajak heretPertanianTiadaTiada
log haulerjentera heretPerhutananTiadaTiada
dragpenyagat; seret; heret; ganjakPerhutananTiadaTiada
drag roadalur heretPerhutananTiadaTiada
123

Kembali ke atas