protandrous hermaphrodite | hermafrodit protandrus | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang mengalami pertukaran jantina daripada jantan kepada betina. Ikan akan menjadi matang sebagai jantan dan kemudiannya akan bertukar menjadi betina apabila mencapai saiz tertentu. Contoh ikan yang mengalami hermafrodit protandrus ialah ikan siakap. |
protogynous hermaphrodite | hermafrodit protogini | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang mengalami pertukaran jantina daripada betina kepada jantan. Ikan akan menjadi matang sebagai betina dan kemudiannya akan bertukar kepada jantan apabila mencapai saiz tertentu. Contoh ikan yang mengalami hermafrodit protogini ialah ikan kerapu. |
genetic abnormality | keabnormalan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecacatan genetik yang wujud semasa lahir disebabkan terdapat gen yang hilang, gen wujud secara berlebihan, mutasi gen atau translokasi gen. Contoh keabnormalan genetik termasuklah hermafrodit, prolaps rektum dan hernia. |