geometrical decorated | hiasan geometri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Seni hiasan dengan unsur corak geometri yang terdapat pada kebanyakan seni bina Inggeris. Gaya hiasan ini popular pada abad ke-13, khususnya gaya yang memaparkan corak kerawang berbentuk geometri. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
acanthus | akantus | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era 4 seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan dinding dan perabot. |
entablature | entablatur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hiasan pada bahagian atas tiang, yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Hiasan dari zaman seni bina klasik ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang dikenali sebagai hias jenang, kerawang dan birai hias. |
pierced work | kerja tebukan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hiasan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian besar tebukan. Ciri utama hiasan tebukan ini bertujuan menyerlahkan aliran cahaya ke atas ruang gelap. |
grotesque | lokoh | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gambaran hiasan atau lukisan dinding berbentuk manusia dan haiwan yang aneh, hodoh, lucu yang tidak seimbang atau tidak natural dalam seni hiasan seperti seni ukir, seni lukis dan seni bina. |
cornice | kornis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Birai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa. |
cornice | kornis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Birai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa. |
Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem. |
gimp | pita hias | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan daripada pita tenun tirus (pita brid) yang digunakan pada kemasan perabot upholsteri bagi menyembunyikan barisan paku kecil pada perabot. Pita ini juga dijadikan sebagai satu unsur hiasan. |