dysgenesis | disgenesis | Biologi | Ekologi | Ketidaksuburan apabila pengawanan berlaku di kalangan sesama hibrid, tetapi hibrid yang berkenaan boleh menjadi subur jika pengawanan berlaku dengan ahli-ahli daripada salah satu induknya. |
backcross | kacuk balik | Pertanian | Agronomi | Pengacukan antara hibrid dengan salah satu baka induknya. Tujuan kacuk balik adalah untuk menerapkan ciri induk yang baik kepada hibrid berkenaan atau supaya hibrid tersebut lebih mirip dengan salah satu induknya. |
double cross | kacukan ganda dua | Biologi | Genetik | Teknik yang digunakan untuk menghasilkan biji hibrid daripada jagung padang. Misalnya, kacukan pertama melibatkan A X B = hibrid AB, C X D = hibrid CD dan kacukan kedua melibatkan AB X CD = hibrid AB X CD yang digunakan untuk tanaman komersial. |
hybrid seed | biji benih hibrid | Pertanian | Agroteknologi | Benih yang dihasilkan daripada kacukan dua baka induk yang berlainan dan telah dibiak secara pendebungaan kendiri dalam beberapa generasi untuk membentuk baka homozigot. Apabila dikacukkan, dua induk benih hibrid yang terbentuk mengalami keadaan yang dikenali sebagai heterosis yang menyebabkan tumbuhan mempunyai ciri yang lebih cergas daripada dua induknya. Benih hibrid tidak boleh dibiakkan semula setelah satu generasi ditanam kerana ciri-ciri asalnya akan hilang setelah pendebungaan terbuka berlaku. Contoh biji benih hibrid ialah benih hibrid jagung manis. |
seed parent | induk biji benih | Pertanian | Agronomi | Induk betina yang digunakan sebagai induk dalam proses kacukan untuk menghasilkan varieti atau hibrid baru. Contohnya, untuk menghasilkan hibrid jagung, induk jantan dan betina dikacukkan untuk menghasilkan hibrid. |
hybrid sterility | kemandulan hibrid | Bioteknologi | Tiada | Penurunan atau penindasan pembiakan dalam organisma hibrid. |
hybrid | hibrid | Kesenian | Seni Bina | Gabungan dua idea untuk membentuk satu benda baharu, seperti seni bina hibrid yang menggabungkan idea seni bina tradisional Melayu dan seni bina klasik pada seni bina kolonial. |
hybrid | hibrid | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan yang terhasil daripada kacukan dua individu yang berlainan genotipnya. Ciri-ciri dalam tumbuhan hibrid ini akan mansuh pada generasi berikutnya. |
test cross | kacuk uji | Bioteknologi | Tiada | Pengawanan hibrid F1 dengan induk resesif untuk menentukan hibrid tersebut adalah homozigot atau heterozigot bagi sesuatu ciri yang kelihatan dalam fenotipnya. |
backcross parent | induk kacukan balik | Biologi | Genetik | Induk kepada hibrid yang digunakan dalam kacukan dengan hibrid tersebut. |