Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drat] | هيدرت

Definisi : (Kim) sebatian drpd air dgn sebatian atau unsur lain; menghidratkan 1. (Kim) menyebabkan se­suatu bergabung dgn air secara kimia; 2. menjadikan sesuatu lembap: penyegar muka ~ kulit dgn lembut; penghidratan (Kim) 1. penghasilan ion drpd molekul air dgn sesuatu bahan; 2. tindak balas penambahan air kpd alkena utk menghasilkan alkohol, atau kpd alkuna utk menghasilkan keton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drat] | هيدرت

Definisi : ist sebatian yg molekul air di dlmnya bergabung secara kimia dgn sebatian lain atau dgn unsur lain. menghidratkan menyebabkan se­suatu bergabung dgn air secara kimia. terhidrat bergabung secara kimia dgn air (bkn sebatian): garam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrate inhibitorpembantut hidratKejuruteraanPetroleumCecair yang terbina daripada bahan kimia yang mudah meruap digunakan sebagai pencegah pembentukan hidrat dalam talian paip gas. Cecair ini disuntik ke dalam paip yang menyalurkan gas. Dengan adanya bahan ini dalam aliran gas itu, hidrat dapat dicegah daripada terbentuk apabila suhu atau tekanan dalam paip itu berubah.
gas hydratehidrat gasKimiaTiadaHidrat dengan molekul gas dikelilingi oleh molekul air, tanpa pengikatan kimia.
hydrate inhibitorperencat hidratKejuruteraanTiadaBahan kimia untuk mencegah pembentukan hidrat dalam talian paip gas.
chloral hydrate poisoningkeracunan kloral hidratKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloral hidrat, iaitu sedatif dan pengaruh tidur. Bahan ini boleh menyebabkan penyakit hati atau buah pinggang. Tanda utama keracunan ialah koma dan kadar pernafasan yang semakin perlahan. Dalam keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan, gejala awal ialah rasa mengantuk, kekeliruan mental diikuti dengan koma dengan pernafasan yang cetek, otot flaksid, hipotensi, sianosis, hipotermia atau hipertermia. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuklah ruam kulit, kekeliruan mental, ataksia, pening, mengantuk, kerengsaan dan perubahan tingkah laku yang lain. Dos maut mungkin serendah 30 mg/kg. Kepekatan terapeutik pula ialah 1.5 �g/mL - 15 �g/mL. Penemuan patologi termasuklah edema pulmonari, pneumonia dan edema serebrum.
hydratehidratFizikTiadaTiada
hydratehidratGeologiTiadaTiada
hydratehidratPerubatanTiadaTiada
hydratehidratPerubatanTiadaTiada
hydratehidratKejuruteraanTiadaTiada
hydratehidratKimiaTiada1. Suatu hidroksida.,2. Sebatian kimia yang terbentuk oleh bahan dengan satu atau lebih molekul air.,3. Dalam larutan akueus, kompleks yang terbentuk oleh molekul atau ion dengan molekul air.
12345

Kembali ke atas