hydrophilic | hidrofilik | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan bahan yang mempunyai kecenderungan terhadap air dan mudah menjerap dan menyerap air. Bdg. hidrofobik. |
hydrophilic | hidrofilik | Kejuruteraan | Polimer | Sifat ionik salah satu hujung rantai yang mencari air seperti dalam sistem molekul sabun. |
hydrophilic colloid | koloid hidrofilik | Kimia | Biokimia | Koloid yang mempunyai sifat cinta air yang tinggi dan membentuk sebaran yang stabil di dalam air. |
subcoating | subsalutan | Farmasi | Tiada | Penggunaan siri lapisan koloid hidrofilik untuk membundarkan bahagian tepi tablet yang lebih tajam. |
amphipatic | amfipatik | Kimia | Biokimia | Sebatian yang mempunyai kedua-dua kumpulan berkutub (hidrofilik) dan kumpulan tak berkutub (hidrofobik), seperti asid lemak. |
state of hydration | keadaan penghidratan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keadaan koloid, terutamanya koloid hidrofilik yang mempunyai sifat tarikan terhadap air. |
amphipathi | molekul amfipatik | Farmasi | Tiada | Ciri kumpulan molekul tidak simetri yang mengandungi bahagian hidrofilik dan hidrofobik. |
hydrophobic | hidrofobik | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan bahan yang tidak mempunyai kecenderungan terhadap air dan tidak dapat menjerap atau menyerap air. Bdg. hidrofilik. |
bulk laxative | laksatif pukal | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menyebabkan pengosongan usus besar melalui peningkatan kandungan kolon yang merangsang refleks peristaltik defekasi. Agen ini bersifat hidrofilik dan tidak tercema serta menyerap air, dan menyebabkannya mengembang di dalam usus. Pengembangan usus seterusnya merangsang pembuangan air besar. Contoh agen ini ialah gel terbitan selulosa dan laktulosa. |
hydrophil-lipophil balance | imbangan hidrofil-lipofil | Farmasi | Tiada | Pernyataan relatif tentang tahap afiniti molekul surfaktan terhadap minyak dn air. Imbangan ini kadangkala dinyatakan sebagai peratus berat atom hidrofilik di dalam molekul. |