hydrophobic | hidrofobik | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan bahan yang tidak mempunyai kecenderungan terhadap air dan tidak dapat menjerap atau menyerap air. Bdg. hidrofilik. |
hydrophobic | hidrofobik | Kejuruteraan | Polimer | Sifat organik salah satu hujung rantai yang menjauhi air seperti dalam sistem molekul sabun. |
amelogenin | amelogenin | Perubatan | Tiada | Protein kaya prolin, hidrofobik, terdapat dalam matriks enamel yang baru terbentuk. |
essential oil | minyak pati | Herba | Botani dan Bioteknologi | Minyak pekat bersifat hidrofobik (tidak gemar air) yang mengandungi sebatian beraroma, yang diekstrak daripada tumbuhan. Minyak ini banyak digunakan dalam campuran minyak wangi, kosmetik, perasa makanan dan minuman, serta produk pencuci. |
amphipathi | molekul amfipatik | Farmasi | Tiada | Ciri kumpulan molekul tidak simetri yang mengandungi bahagian hidrofilik dan hidrofobik. |
amphipatic | amfipatik | Kimia | Biokimia | Sebatian yang mempunyai kedua-dua kumpulan berkutub (hidrofilik) dan kumpulan tak berkutub (hidrofobik), seperti asid lemak. |
hydrophilic | hidrofilik | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan bahan yang mempunyai kecenderungan terhadap air dan mudah menjerap dan menyerap air. Bdg. hidrofobik. |
micelle solution | larutan misel | Kejuruteraan | Polimer | Gumpulan anion pada kepekatan tinggi dengan saiz zarah di antara 50 hingga60Å. Bahagian hidrofobik gumpulan anion mengarah ke dalam dan bahagian hidrofilik mengarah ke luar. |
amphilic lipid | lipid amfili | Bioteknologi | Tiada | Lipid yang mempunyai rantai penghujung hidrofili dan hidrofobi. Lipid jenis ini berupaya menyusun semula dengan hujung hidrofobik bertentangan membentuk dua lapisan lipid dan kepala hidrofiliknya mengarah keluar. |
low energy liquid | cecair tenaga rendah | Farmasi | Tiada | 1. Bahan yang molekulnya terikat antara satu sama lain oleh daya tarikan van der Walls yang lemah. 2. Bahan bukan ionik, bahan organik, bahan hidrofobik, atau bahan bukan kutub. |