Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom kar­bonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : ist bahan-bahan (spt benzin) yg terdapat hidrogen dan karbon di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrokarbon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
three-way catalytic converterpenukar bermangkin tiga halaKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida.
hydrocarbonhidrokarbonKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebatian yang mengandungi atom hidrogen dan karbon.
gasolinegasolinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebatian hidrokarbon yang digunakan sebagai bahan api dalam enjin cucuhan bunga api.
iso-octaneiso-oktanaKejuruteraan AutomotifEnjinSebatian hidrokarbon yang mempunyai pengkadaran oktana 100. Sebatian ini menjadi rujukan untuk mengukur kadar oktana bagi bahan api dalam mengelakkan fenomena ketukan. Bahan kimia yang terlibat adalah 2,2,4-trimetilpentana yang mempunyai RON 100.
energetic fuelbahan api bertenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena.
blowbyhembus pintasKejuruteraan AutomotifEnjinHasil sampingan pembakaran, kebanyakannya mengandungi hidrokarbon yang bocor dari kebuk pembakaran melalui gelang omboh ke dalam kotak engkol ketika lejang mampatan dan lejang kuasa. Wap hembusan ini disedut ke dalam lejang pengambilan melalui sistem pengalihudaraan kotak engkol positif. Seterusnya, wap hembusan ini dibakar di dalam enjin. Lihat juga pencairan dalam kotak engkol.
infrared analyserpenganalisis inframerahKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang mengukur aras gas hidrokarbon, karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen dengan menggunakan teknik sinar inframerah.
exhaust-gas analyserpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm).
Ah locuslokus AhSains KesihatanTiadaKedudukan pada gen yang mengawal atur gerak balas induksi enzim akibat tindakan hidrokarbon aromatik.
amphiphilicamfifilikFizikNanoteknologiSifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
12

Kembali ke atas