bitterness value | nilai kepahitan | Herba | Tiada | Tahap rasa kepahitan bahan herba berbanding piawai rujukan kuinina hidroklorik. Nilai ini merupakan ukuran tahap kepahitan bagi herba yang mengandungi bahan pahit. Kaedah ini berguna untuk menentukan kualiti bahan mentah. Larutan air sampel herba biasanya dalam julat cairan tertentu dikumur selama 30 saat dan diluahkan. Larutan yang kekal memberikan rasa pahit sehingga melepasi 30 saat ditentukan dan dibandingkan dengan larutan piawai air kuinina hidroklorik. Ujian ini hanya dilakukan pada bahan herba yang identiti bahan kimianya telah dikenal pasti dan diketahui selamat. Contohnya daun teh. |
achlorhydria | aklohidria | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan yang menunjukkan asid hidroklorik kurang di dalam jus gaster. |
aqua regia | akua regia | Kimia | Tiada | Campuran satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat. |
glass electrode | elektrod kaca | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis elektrod pemilih ion berbentuk bebola yang mempunyai membran elektrod yang diperbuat daripada kaca yang nipis dan mengandung larutan asid hidroklorik yang kepekatan H+ tetap dan diketahui. Daya gerak elektrik elektrod kaca peka terhadap kepekatan H+ di dalam dan di luar membran kaca. Elektrod kaca juga boleh menjadi selektif terhadap Na+, K+ dan NH₄⁺, dengan mengubah-ubah komposisi kaca. |
etching technique | teknik punaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. |
acid-insoluble ash | abu tak larut asid | Herba | Tiada | Abu yang mengandungi bahan seperti silika dan silikat yang tidak larut dalam asid. Abu ini terhasil apabila abu total dirawat dengan asid hidroklorik dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tak larut asid diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tak larut asid dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. Lihat abu total. |
liquid-liquid extraction | pengekstrakan cecair-cecair | Herba | Tiada | Proses pemisahan komponen kimia terlarut daripada cecair akues dengan menggunakan pelarut organik yang tak terlarutcampurkan atau sebaliknya. Contohnya, morfina dalam eter diekstrak dengan menggunakan air yang diasidkan dengan asid hidroklorik dan menghasilkan morfina hidroklorida yang lebih larut dalam fasa berair. |
differentiating titration | pentitratan pembeza | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah titrimetri untuk menganalisis suatu sampel yang mengandungi dua atau lebih spesies yang mempunyai sifat tindak balas kimia yang hampir sama dengan titran tetapi penunjuk yang berbeza. Contohnya titratan antara campuran asid hidroklorik dan asid asetik dengan titratan natrium hidroksida, menggunakan penunjuk fenolftalein dan metil merah. |
saponification value | nilai saponifikasi | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dan mensaponifikasi ester yang terkandung bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan trigliserida dalam minyak, lemak dan lilin yang terdapat dalam bahan mentah dan sediaan herba. Nilai yang rendah menandakan bahan herba dicemari minyak mineral seperti vaselin dan nilai yang tinggi menandakan ketengikan bahan herba. Sejumlah berat bahan herba direfluks dalam kalium hidroksida beretanol dan hasilan dititrat dengan asid hidroklorik menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 28.05x/w, iaitu x ialah perbezaan isi padu asid hidroklorik bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai saponifikasi piawai bagi minyak ikan halibut tidak melebihi 180, lemak bulu terhidrogen maksimum 8.0 dan lilin karnauba di antara 78-95. |