Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : (Kim) sebatian yg mengandungi ion atau kumpulan hidroksil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : ist sebatian kimia yg mempunyai kumpulan –OH; alkali yg mempunyai ion OH-; natrium ~; kalsium ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydroxidehidroksidaKimiaTiadaSebatian yang mengandungi ion hidroksida, OH-. Hidroksida logam biasanya bersifat bes, seperti NaOH, manakala hidroksida metaloid pula bersifat amfoterik, seperti AI(OH)3.
soda limesoda kapurKimiaTiadaCampuran natrium hidroksida dengan kalsium hidroksida yang digunakan untuk menyerap gas karbon dioksida dan wap air. Campuran ini wujud dalam bentuk pepejal berbutir kecil yang berwarna kelabu. Soda kapur diperoleh daripada percampuran kalsium oksida dengan larutan natrium hidroksida.
carbon dioxide absorberpenyerap karbon dioksidaPerubatanTiadaAlat untuk menyerap karbon dioksida yang diletakkan pada lengan ekspiratori litar bulatan. Alat ini mengandungi bahan yang terdiri daripada kalsium hidroksida (90%), natrium hidroksida (5%), kalium hidroksida (1%), silika dengan kieselguhr sebagai bahan pengeras dan air sebagai pelembap untuk penyerapan.
saponificationpensaponinanBioteknologiTiadaHidrolisis gliserida dengan menggunakan alkali, seperti kalium hidroksida atau natrium hidroksida, untuk menghasilkan gliserol dan garam asid lemak.
sodium hydroxidenatrium hidroksidaKimiaTiadaGaram tak organik, formula NaOH, takat lebur 318°C, takat didih 1390°C, berbentuk pepejal putih, menyerap air dan karbon dioksida dari udara, larut di dalam air, alkohol dan gliserol dan mengakis tisu apabila berair. Sebatian ini diperoleh daripada elektrolisis natrium klorida atau tindak balas natrium karbonat dengan kalsium hidroksida. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, rayon, selofan, kertas, aluminium, detergen, sabun dan sebagai bahan uji makmal. Nama biasanya ialah soda kaustik.
black liquorlikuor hitamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLarutan likuor pemasak yang terdiri daripada campuran sebatian lignin yang terlarut, hemiselulosa dan juga natrium hidroksida, Na2S dan natrium hidroksida, NaOH yang belum bertindak balas. Likuor hitam ini boleh ditukarkan semula menjadi likuor putih melalui proses perolehan semula Kraft.
potassium hydroxide poisoningkeracunan kalium hidroksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g.
sodium hydroxidenatrium hidroksidaFarmasiTiadaGaram tak organik berbentuk pepejal yang berwarna putih, menyerap air dan karbon dioksida daripada udara, larut dalam air, alkohol, dan gliserol, serta menghakis tisu apabila berair. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, rayon, selofan, kertas, aluminium, detergen, sabun, dan sebagai bahan uji makmal.
aqueousakueusKimiaTiadaBerkaitan dengan larutan yang pelarutnya air. Misalnya, larutan akueus kalium hidroksida yang disediakan dengan melarutkan kalium hidroksida di dalam air
bauxitebauksitKimiaTiadaBatuan yang terdiri daripada aluminium oksida terhidrat dan aluminium hidroksida, dan juga benda asing seperti tanah liat, ferum hidroksida, dan silika. Baukit merupakan sumber utama logam aluminium. Batuan ini digunakan sebagai mangkin, agen penyahwarna dan penyahbau, dan sebagai bahan pembuatan simen.
12345678910...

Kembali ke atas