Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drok.sil] | هيدروکسيل

Definisi : (Kim) mengandungi atau terdiri drpd ion OH- atau kumpulan -OH. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drok.sil] | هيدروکسيل

Definisi : ist mengandungi atau terdiri drpd ion OH- atau kumpulan -OH. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroksil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydroxyl valuenilai hidroksilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan gabungan asid terhasil bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terhasil daripada penghasilan dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dihasilkan dengan larutan asetik anhidrida dan hasilnya dititrat dengan kalium hidroksida beretanol menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai hidroksil diperoleh daripada ungkapan a + 28.05x/w, iaitu a ialah nilai asid, x ialah perbezaan isi padu kalium hidroksida beretanol bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai hidroksil piawai bagi minyak kastor dara minimum 150 dan lemak bulu terhidrogen di antara 140 -180. Lihat nilai asid.
silanolsilanolFizikNanoteknologiSebatian kimia yang terdiri daripada satu atom silikon terikat kepada satu atau lebih kumpulan hidroksil. Silanol merupakan bahan poros yang formula kimianya ialah SiOH. Dalam proses pemendapan filem tipis nanozarah, contohnya perak, substrat dilapisi dengan silanol terlebih dahulu supaya pelekatan filem menjadi lebih baik.
chemical modificationpengubahsuaian kimiaBuluhTiadaPengubahsuaian sifat buluh menggunakan bahan kimia seperti anhidrida, isosianida dan asid karboksilik. Bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan kumpulan hidroksil (-OH) pada buluh dan mengubah sifat buluh menjadi lebih kuat dan berdaya tahan.
chemical assayassai kimiaHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan atau kepekatan suatu komponen fitokimia utama atau aktif dalam bahan mentah dan sediaan herba dengan menentukan nilai-nilai asid, saponifikasi, ester, asetil, peroksida, hidroksil dan iodin, atau melalui pentitratan dan gravimetri. Kaedah ini menilai kualiti bahan mentah dan sediaan herba secara kuantitatif.
acetyl valuenilai asetilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan asid asetik yang terbebas daripada hidrolisis satu gram bahan herba terasetil. Nilai asetil merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terdapat dalam lemak, lilin dan bahan herba yang mengandungi sterol. Nilai ini diperoleh daripada ungkapan 1335(b-a)/(1335-a) iaitu a ialah nilai saponifikasi bahan herba dan b ialah nilai saponifikasi bahan herba terasetilat. Lihat nilai saponifikasi.
terpeneterpenaHerbaPemiawaianKumpulan sebatian dalam ekstrak herba yang terdiri daripada gandaan isoprena (C5H8). Sebatian terpena boleh dibahagikan kepada hemiterpena, monoterpena, seskuiterpena, diterpena, sesterterpena, triterpena dan tetraterpena. Sebatian terpena boleh mempunyai kumpulan yang berfungsi seperti hidroksil, karbonil dan karboksil. Contoh sebatian terpena ialah zerumbon daripada ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) dan sitronelal daripada minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus).
autoprotolysisautoprotolisisKimiaKimia AnalisisPemindahan proton daripada satu molekul kepada molekul lain dalam bahan yang sama dengan sendirinya, misalnya dalam pemprotonan air, satu molekul air memindahkan protonnya kepada molekul air yang lain menghasilkan ion hidroksonium dan hidroksil.

Kembali ke atas