Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.li.sis] | هيدروليسيس

Definisi : (Kim) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dgn air utk menghasil­kan sebatian lain; menghidrolisis 1. melakukan hidrolisis; 2. menjalani hidrolisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.li.sis] | هيدروليسيس

Definisi : ist penguraian atau perubahan sesuatu sebatian kimia oleh air. menghidrolisis mengalami perubahan oleh air (bkn bahan kimia). menghidrolisiskan menguraikan atau mengubah sesuatu sebatian kimia dgn air: Makanan dihidrolisiskan kpd sebatian-sebatian yg lebih ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrolisis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid hydrolysishidrolisis asidHerbaPemiawaianProses penguraian atau pemisahan ikatan kimia dalam sebatian tertentu dengan menggunakan pemangkin asid protik. Contohnya, sebatian piawai kuersetin dalam produk herba lengkuas (Alpinia galanga) yang kaya dengan flavonoid dapat ditentukan dengan melakukan hidrolisis asid.
autolysisautolisisPerikananAkuakulturPemusnahan sesuatu sel atau sebahagian daripada komponennya melalui tindakan enzim hidrolisis sel itu sendiri.
anthocyanidinantosianidinHerbaPemiawaianPigmen tumbuhan yang berwarna seperti sianidin, delfinidin atau pelargonidin yang terbentuk melalui hidrolisis antosianin dan mempunyai struktur gelang yang sama seperti flavon dan flavonol, tetapi tidak mempunyai kumpulan keton. Antosianidin ini bersifat antioksidan. Contohnya, bunga pokok senduduk (Melastoma malbathricum) yang mempunyai kandungan antosianidin yang tinggi.
angiotensinogenangiotensinogenKejururawatanTiadaPecahan globulin serum yang terbentuk dalam hepar. Ia akan ditukar kepada angiotensin melalui tindak balas hidrolisis oleh renin.
acetyl valuenilai asetilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan asid asetik yang terbebas daripada hidrolisis satu gram bahan herba terasetil. Nilai asetil merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terdapat dalam lemak, lilin dan bahan herba yang mengandungi sterol. Nilai ini diperoleh daripada ungkapan 1335(b-a)/(1335-a) iaitu a ialah nilai saponifikasi bahan herba dan b ialah nilai saponifikasi bahan herba terasetilat. Lihat nilai saponifikasi.

Kembali ke atas