hidrology | hidrologi | Sains Marin | Tiada | Kajian saintifik yang melibatkan pergerakan, taburan dan kualiti air di bumi dan planet-planet yang lain, termasuklah kitaran air, sumber air dan kawasan tadahan air yang mapan. Hidrologi terbahagi kepada tiga, iaitu hidrologi permukaan air, air bawah tanah dan marin. Kajian hidrologi amat penting dalam pembentukan polisi, pelan dan kejuruteraan persekitaran. |
capacity | kapasiti | Hidrologi | Tiada | 1. Isi padu yang boleh ditampung oleh sesuatu waduk. 2. Kadar aliran yang boleh ditampung oleh sebarang binaan penyalur. |
coefficient, contraction | koefisien kisut | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang. |
flood flow | aliran banjir | Hidrologi | Tiada | Isi padu air yang mengalir melintasi suatu keratan sungai per unit masa di waktu banjir. |
distribution graph | graf taburan | Hidrologi | Tiada | Hidrograf unit yang diubahsuaikan untuk menunjukkan bahagian isi padu larian yang terjadi pada unit masa yang berturutan. |
absolute humidity | kelembapan mutlak | Hidrologi | Tiada | Jisim air yang terkandung dalam satu unit isi padu udara lengas. |
consolidation, coefficient of | koefisien pemadatan | Hidrologi | Tiada | Pengurangan nisbi isi padu tanih oleh pemadatan per unit tambahan kenaikan tegangan efektif. Kadangkala ditakrifkan sebagai pengurangan nisbi ketinggian. |
flood-control works | binaan kawalan-banjir | Hidrologi | Tiada | Permatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM) |
density of soil, bulk | ketumpatan pukul tanih | Hidrologi | Tiada | Jisim suatu sampel tanih kering-tanur per unit isi padu kasar (termasuk ruang liang). |
density of soil, actual | ketumpatan sebenar tanih | Hidrologi | Tiada | Jisim suatu sampel tanih kering-tanur per unit isi padu (zarah tanih sahaja)(g. cm-3). |