Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.du] | هيدو

Definisi : ; menghidu 1. mencium, membaui (tem­ba­kau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau keme­nyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; penghidu orang yg menghidu (membaui) se­suatu kerana ketagih: ~ gam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.du] | هيدو

Definisi : ; menghidu menyedut udara dgn hidung utk mengetahui baunya; mencium; membaui: Sambil berjalan, ia ~ bau wangi kemejanya. terhidu tidak sengaja menghidu sesuatu: Mereka diberi rawatan kerana ~ gas beracun. penghidu orang yg menghidu sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidu
Kata Terbitan : menghidu, terhidu,

Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smellfieswafoto hiduFotografiTiadaGambar seseorang sambil menunjukkan aksi seperti menghidu sesuatu yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
altered smellhidu terubahKejururawatanTiadaKeupayaan deria bau yang berubah akibat gangguan reseptor olfaktori di mukosa hidung.

Kembali ke atas