Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup] | هيدوڤ

Definisi : 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.

Bermaksud :

Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.

 

Lihat selanjutnya...(107)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
live foodmakanan hidupPerikananAkuakulturHaiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau.
endosymbionendosimbionSains MarinTiadaOrganisma yang hidup di dalam badan, tisu atau sel organisma lain secara mutualistik dengan perumahnya. Kebiasaannya, kedua-dua simbion dan perumahnya mendapat manfaat dalam hubungan tersebut. Contohnya, zooxantela yang hidup di dalam tisu karang dan bakteria penetap nitrogen (Rhizobia) yang hidup dalam nodul akar tumbuhan legum.
decent standard of livingtaraf hidup yang wajarPentadbiranTiadaTingkat kemewahan hidup memuaskan yang merangkumi makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pakaian dan keperluan penting lain, termasuklah persediaan untuk kejadian yang tidak dijangka.
straight life policypolisi hayat seumur hidupinsuransTiadaPolisi insurans hayat untuk seumur hidup yang premiumnya dibayar sehingga tarikh kematian.
parasiteparasitKejururawatanTiadaOrganisma yang hidup di permukaan atau di dalam organisma hidup yang lain (perumah) dan memudaratkan perumah.
holoplanktonholoplanktonSains MarinTiadaOrganisma yang hidup sebagai plankton dalam sepanjang kitaran hidup mereka. Contohnya, beberapa spesies diatom, radiolaria, dinoflagelat, kopepod, kril dan sebagainya. Banding meroplankton.
xerophytexerofitHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan yang telah menyesuaikan hidup sehingga tahan atau boleh hidup dalam keadaan kering. Contoh herba xerofit ialah kaktus dan buah naga.
additional living expense insuranceinsurans belanja sara hidup tambahaninsuransTiadaInsurans yang memberi bayaran balik kepada insured untuk sara hidup yang meningkat kerana kerugian atau kerosakan hartanya yang memaksa insured mencari tempat tinggal sementara.
sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
artemiaartemiaPerikananAkuakulturSejenis krustasea akuatik dan merupakan makanan hidup yang sangat penting. Artemia diperlukan sebagai makanan larva ikan dan udang di pusat pengeluaran benih di seluruh dunia. Artemia dijumpai hidup di tasik yang mengandungi kadar kemasinan yang tinggi yang lebih daripada 100 ppt. Artemia dijual dalam bentuk telur atau sista dan perlu ditetaskan sebelum digunakan sebagai makanan hidup untuk larva.
12345678910...

Kembali ke atas