Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi, masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat ke­masukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan; berhierarki mempunyai hierarki: masyara­kat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : /hirarki/ tatatingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hierarki (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hierarchyhierarkiSains PolitikPolitik PerbandinganKlasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel.
functional hierarchyhierarki berfungsiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHierarki bandar yang berdasarkan fungsi sesuatu bandar dalam konteks negara atau wilayah.
visual hierarchyhierarki visual-TiadaPenilaian unsur reka bentuk visual yang berdasarkan susunan kepentingan visual.
urban hierarchyhierarki bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu sistem penyusunan taraf bandar berdasarkan saiz dan fungsi bandar.
hierarchical diffusionhierarki resapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pemindahan kemajuan dan teknologi dari bandar- bandar besar ke bandar sederhana kemudiannya ke bandar kecil dan seterusnya ke kawasan luar bandar.
social mobilitymobiIiti sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya.
hierarchical gridsgrid hierarki-TiadaGrid yang digunakan dalam reka bentuk web yang disusun mengikut urutan kepentingan dalam reka letak.
hierarchy of settlementhierarki petempatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSusunan dan urutan petempatan mengikut saiz dan fungsi.
hierarchy of settlementhierarki penempatanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cognitive curriculumkurikulum kognitifPendidikanTiadaHierarki struktur isi kandungan yang merangkumi maklumat yang harus dipelajari, strategi pembelajaran dan penyelesaian masalah.
123

Kembali ke atas